Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan - 24 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan


Jawatan:

1. PROFESOR VK7
Pensyarah UiTM RM 7,676.00 RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
Pensyarah UiTM RM 6,162.00 RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
Pensyarah UiTM RM 5,855.00 RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45
Pensyarah UiTM RM 3,070.00 RM 11,095.00


UiTM KAMPUS REMBAU
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
BIDANG : PENGURUSAN

UiTM KAMPUS SEREMBAN
FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI
BIDANG : PENGURUSAN SUKAN


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Kelayakan Pensyarah UiTM

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

 dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)


Kelayakan Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor VK7)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)


Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan


Cara-cara Membuat Permohonan:

a. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang di https://pengambilancns.uitm.edu.my/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

b. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem Pengambilan UiTMCNS dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

c. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan

ii. Kad Pengenalan

iii. Sijil Kelahiran

iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf

v. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci) (Jika berkenaan)

vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (Jika berkenaan)

vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji

viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

d. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

i. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara

ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Tarikh iklan dikeluarkan pada 10 Oktober 2023 (Selasa) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 24
Oktober 2023 (Selasa) sebelum jam 5.00 petang


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Oktober 2023 (Selasa) sebelum jam 5.00 petang



Latar Belakang

Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.