Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Selangor - 18 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Selangor


Jawatan:

1. KERANI SY8
INTEGRITI

2. PEMANDU SY10
ASRAMA

3. JURUTEKNIK TY2
PENGURUSAN HARTA & KEMUDAHAN

4. EKSEKUTIF EY4
PENGURUSAN PROJEK

5. PENGURUS PY7
URUS SETIA STANCO PENDIDIKAN


Cara Memohon:

a) Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor : http://www.yayasanselangor.org.my/ (admin ada sediakan link muatturun di bawah)

b) b)Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian Pengurusan Modal Insan


Permohonan

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 14 MENARA YAYASAN SELANGOR,
18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN )

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada hari Jumaat, 18 Oktober 2023, jam 4.00 petang. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2023 (Rabu) jam 4:00 Petang




Jawatan Kosong di Yayasan Selangor

Latar Belakang

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi

Yayasan Selangor wujudnya dari keinsafan dan keperihatinan pemimpin negeri ketika itu, iaitu  Allahyarham Dato’ Haji Harun bin Haji Idris, terhadap kedudukan pendidikan anak-anak Melayu di luar bandar yang jauh ketinggalan terutama dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab dan Sains. Hasil daripada pengamatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor mulai tahun 1964 hingga 1976, didapati bilangan pelajar Melayu sangat berkurangan di sekolah menengah yang terkemuka di bandar seperti Kuala Lumpur.