Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Warisan Johor - 5 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Warisan Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Yayasan Warisan Johor


Jawatan:

1. KURATOR GRED S41

Jadual Gaji:
Minimum : RM 2,078.00
Maksimum : RM 9,544.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM 225.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 — RM 300.00


Syarat Lantikan:

1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86);
atau

(ii) ijazab sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)

2 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3 Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum gred lantikan boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 November 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong 2022 di Yayasan Warisan Johor

Latar Belakang

Yayasan Warisan Johor (YWJ) ditubuhkan bagi memelihara dan memperjuangkan warisan kerajaan negeri Johor. Warisan Sejarah, Seni dan Budaya Negeri Johor perlu dikembangkan dan diperjuangkan bagi membentuk jati diri bangsa yang bermaruah.

YWJ ini beralamat di JKR 293, Jalan Mariamah,80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Selama 20 tahun Yayasan Warisan Johor ditubuhkan, sebanyak 53 buah buku telah diterbitkan, terdiri daripada buku sejarah, budaya, politik, kesenian, biografi, novel dan puisi. Kerajaan negeri Johor melalui YWJ telah mengadakan Hadiah Sastera Darul Ta'zim setiap dua tahun sekali. Hadiah Sastera Darul Ta'zim yang diadakan pada 17 Julai 2009 merupakan kali ketujuh. Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sebagai penghargaan kepada para penulis Johor.