Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) - 27 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Bentong (MPB)


Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29 - Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29 Kekosongan

3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - Kekosongan

4. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - Kekosongan

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 - Kekosongan


Cara-cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang Majlis Perbandaran Bentong di www.mpbentong.gov.my.

2. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan gambar pasport berukuran 5 x 4 sm. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.

4. Tarikh tutup permohonan pada 27 November 2023.

5. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
JALAN KETARI
28700 BENTONG
PAHANG DARUL MAKMUR


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 November 2023 (Khamis)




Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Bentong (MPB)

Latar Belakang

Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu Majlis Bandaran Bentong, Majlis Tempatan Karak, Majlis Tempatan Sg. Dua, Majlis Tempatan Telemong , Majlis Tempatan Manchis, Majlis Tempatan, Bukit Tinggi, Kampung Shafie, Kampung Simpang Pelangai, Kampung Baru Sg. Gapoi, Kampung Jambu Rias, Kampung Benus, Genting Sempah, Kampung Janda Baik, Kampung Baru Sg. Penjuring.