BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Job

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Melaka - 13 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Pejabat Tanah dan Galian Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Galian Melaka


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

Kekosongan : 1 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred : N5
Taraf Jawatan : Kontrak
Kementerian/Jabatan : Pejabat Tanah dan Galian Melaka


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii) Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iv) Memiliki Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah RM1,893.00); atau

v) Diploma dalam bidang Undang – Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan RM1,893.00)


Permohonan:

1. Pemohon hendaklah mengemukakan resume bergambar yang lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik/ kemahiran, dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :-

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 2, Wisma Negeri
Jalan Wisma Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
(u.p : Unit Sumber Manusia)

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 November 2026.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Permohonan yang berikut akan ditolak:
  • Resume yang tidak lengkap;
  • Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan;
  • Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.

6. Catatan Am
  • Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka dan aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan hebahan pengambilan yang dikongsikan melalui Facebook oleh pihak berkaitan. Calon yang berminat digalakkan untuk merujuk hantaran asal melalui pautan sumber yang disediakan bagi mendapatkan maklumat permohonan yang lebih terperinci.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2018


Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗

Jawatan Kosong di Pejabat Tanah dan Galian Melaka-banyakjawatanmy
Latar Belakang

Pejabat Tanah dan Galian Melaka (PTG Melaka) merupakan sebuah jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir hal ehwal tanah di Negeri Melaka. Jabatan ini memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar dan perundangan tanah, termasuk urusan pemberimilikan, pendaftaran hak milik, pembangunan tanah serta pengurusan hasil berkaitan tanah. PTG Melaka turut memastikan pentadbiran tanah dilaksanakan secara sistematik, cekap dan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain mengendalikan urusan pentadbiran tanah, PTG Melaka turut menyelaras pelaksanaan dasar tanah negeri serta memantau pengurusan tanah bagi menyokong pembangunan yang terancang. Fungsi jabatan ini melibatkan bidang pentadbiran, pengurusan tanah, perundangan, penguatkuasaan, kewangan dan teknologi maklumat. Melalui penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan dan pengurusan yang berintegriti, PTG Melaka berusaha meningkatkan kecekapan urusan tanah serta menyokong pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Melaka.