BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Job

Jawatan Kosong di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) - 6 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak


Jawatan:

1. KONSTABEL POLIS BANTUAN LAKMNS


Syarat Kelayakan Am:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja sama ada beragama Islam/Bukan Islam

2. Keutamaan diberikan untuk yang menetap di Kuching dan Samarahan

3. Berumur antara 18 hingga 35 tahun

4. Tidak mempunyai rekod jenayah & saman yang tertunggak

5. Tidak mempunyai masalah penglihatan (rabun jauh/dekat), buta warna dan masalah pendengaran serta masalah kesihatan kronik (mental/dalaman)

6. Lokasi penugasan – Baitul Makmur 1 & 2, Masjid Jamek Negeri Sarawak, Masjid Bandaraya Kuching, Komplek Raudhatul Sakinah Kuching termasuk Tanah Perkuburan Semariang


Syarat Kelayakan Fizikal:

Lelaki
Perkara Syarat
Ketinggian minimum 163 sm (tanpa kasut)
Berat Badan Minimum 50kg
Body Mass Index (BMI) 18–30
Ukuran dada 79 sm (biasa)
84 sm (tarik nafas)

Wanita

Perkara Syarat
Ketinggian minimum 157 sm (tanpa kasut)
Berat Badan Minimum 48kg
Body Mass Index (BMI) 18–30

Syarat Kelayakan Akademik:

Kelayakan hanya untuk LEPASAN SPM SAHAJA; sekurang-kurangnya;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia DAN
  • Lulus dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah; SERTA lulus satu (1) mata pelajaran lain.
Calon yang mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah tidak layak untuk memohon berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengikuti Kursus Asas Polis Bantuan.

Calon-calon yang berminat dikehendaki untuk menghantar DUA (2) salinan dokumen yang berkaitan (bersaiz A4) seperti berikut:
  • Resume terkini
  • Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • 2 keping gambar berukuran passport terkini beserta nama di belakang (tidak dikembalikan)
  • Sijil/slip SPM– sila rujuk syarat kelayakan akademik
  • Sijil-sijil persekolahan yang lain yang berkaitan
  • Lesen Memandu (sekurang-kurangnya B2 atau D atau kedua-duanya sekali)

Alamat Penghantaran Permohonan:

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas diminta untuk menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan kepada:

KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(GROUP HR) LAKMNS,
TINGKAT 8, BAITUL MAKMUR,
MEDAN RAYA, PETRA JAYA,
93050 KUCHING, SARAWAK.


Maklumat Tambahan:
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga fizikal.
  • Calon yang berjaya akan dilantik sebagai Pelatih Polis Bantuan LAKMNS terlebih dahulu dan DIWAJIBKAN untuk menjalani Kursus Asas Polis Bantuan selama dua (2) bulan sebelum dipertimbang untuk pelantikan tetap, tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan LAKMNS.

Tarikh Tutup Permohonan : 06 November 2026


Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan hebahan pengambilan yang dikongsikan melalui Facebook oleh pihak berkaitan. Calon yang berminat digalakkan untuk merujuk hantaran asal melalui pautan sumber yang disediakan bagi mendapatkan maklumat permohonan yang lebih terperinci.


Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗

Jawatan Kosong di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak-banyakjawatanmy
Latar Belakang

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) ialah sebuah institusi amanah yang bertanggungjawab mengurus dan membangunkan Masjid Negeri Sarawak serta harta dan kemudahan di bawah pentadbirannya. LAKMNS turut memainkan peranan dalam memperkukuh pembangunan institusi Islam melalui pengurusan aset, penyediaan kemudahan keagamaan dan pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Selain memastikan pengurusan dan penyelenggaraan masjid berjalan lancar, LAKMNS turut terlibat dalam aktiviti kebajikan, pendidikan Islam dan pembangunan komuniti. Pelaksanaan tanggungjawab ini disokong oleh pelbagai fungsi organisasi termasuk pentadbiran, kewangan, pengurusan hartanah, penyelenggaraan fasiliti dan penyelarasan program. LAKMNS komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memelihara kepentingan institusi masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.