Jawatan Kosong di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus - 3 November 2026
Jawatan Kosong 2026 di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus
Jawatan:
1. PEGAWAI PENYIASAT
1. PEGAWAI PENYIASAT
Skop Tugas:
1. Menjalankan tugas siasatan yang diarahkan oleh Pendaftar, Presiden dan ahli Lembaga Pengarah.
2. Mengendalikan perkara berkaitan firma haram, sepanduk, papan tanda, dan isu REN, serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
3. Mengenal pasti dan menetapkan peraturan yang didakwa telah dilanggar dalam setiap kes.
4. Memperoleh dan menyemak semua bukti yang berkaitan, termasuk dokumen sokongan, untuk tujuan siasatan.
5. Menyelenggara fail pejabat am, seperti fail tugasan, fail vendor, dan dokumen operasi lain syarikat.
6. Melaksanakan apa-apa tugas tambahan yang diperlukan demi menyokong keperluan jabatan atau organisasi.
Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan;
2. Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau setaraf dengannya;
3. Mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma dalam bidang penyiasatan/undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
4. Mempunyai pengalaman dalam bidang penyiasatan sekurang-kurangnya setahun;
5. Keutamaan kepada calon yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur.
6. Mempunyai kenderaan sendiri.
2. EKSEKUTIF PENTADBIRAN PEROLEHAN & REKOD
Skop Tugas:
1. Bertanggungjawab terhadap urusan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kontrak Syarikat.
2. Melaksanakan kerja-kerja penilaian ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan.
3. Bertanggungjawab memastikan polisi dan peraturan perolehan dipatuhi.
4. Melaksanakan analisa kos untuk perolehan dan kontrak.
5. Menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Perolehan.
6. Membantu penyediaan anggaran dan kos kontrak.
7. Boleh bekerjasama dengan pembekal dan pelanggan dalaman bagi meminimakan kos dan memaksimakan keberkesanan “supply chain”.
8. Mengurus rekod rasmi Lembaga mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia
9. Bertanggungjawab terhadap aset dan fasiliti Syarikat.
10. Menyokong operasi pejabat secara keseluruhan dan melaksanakan apa-apa tugasan berkaitan apabila diperlukan.
Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan;
2. Mempunyai Ijazah dalam bidang pentadbiran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran atau perolehan sekurang-kurangnya setahun;
4. Keutamaan kepada calon yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur.
5. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga.
Sumber Maklumat Jawatan:
Maklumat jawatan kosong ini diperoleh melalui portal MYFutureJobs, iaitu platform pekerjaan di bawah PERKESO. Pemohon disarankan untuk menyemak syarat kelayakan dan maklumat pengambilan melalui pautan sumber yang disediakan.
Tarikh Tutup Permohonan : 03 November 2026
Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗
Latar Belakang
Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan yang bertanggungjawab mengawal selia profesion penilaian, pentaksiran, agensi harta tanah dan pengurusan harta di Malaysia. Lembaga ini beroperasi berdasarkan peruntukan Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242). Antara fungsi utamanya termasuk mengurus pendaftaran profesional, menetapkan piawaian amalan serta memastikan pengamal industri mematuhi peraturan dan etika profesional yang ditetapkan.
Selain mengendalikan urusan pendaftaran dan pengawalseliaan, LPEPH turut berperanan dalam meningkatkan tahap profesionalisme, integriti dan kecekapan pengamal industri hartanah. Aktiviti lembaga ini merangkumi pemantauan amalan profesional, pengendalian aduan, tindakan tatatertib serta sokongan terhadap pembangunan kompetensi dalam bidang berkaitan. Melalui pelaksanaan tanggungjawab tersebut, LPEPH berusaha melindungi kepentingan awam, memperkukuh keyakinan terhadap perkhidmatan hartanah dan menyokong perkembangan industri hartanah yang lebih teratur serta berdaya saing di Malaysia.
