Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 14 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41

Jadual Gaji:
Gred Gaji: L41
Gaji Minimum (RM) : 2,418.00
Gaji Maksimum (RM) : 9,607.00
Kenaikan Gaji Tahunan (RM) : 225.00


Syarat Kelayakan:

(i) (a) Pemohon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

(b) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan

(ii) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keterangan Am:

A. Makluman Ujian Tapisan Memasuki Perkhidmatan dan/atau Temuduga Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Pemohon tidak perlu menghantar sebarang dokumen sehingga dipanggil untuk menghadiri ujian tapisan/temuduga (disenarai pendek) tetapi perlu memuatnaik semua sijil-sijil berkaitan mengikut keperluan eRecruitUNIMAS seperti berikut:

1) Kad Pengenalan;

2) Sijil Kelahiran;

3) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip;

i. PMR/SRP/setaraf;
ii. SPM/setaraf;
iii. STPM/Setaraf;
iv. Diploma;
v. Ijazah Sarjana Muda;
vi. Ijazah Sarjana; dan
vii. PhD (Doktor Falsafah).

4) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.

5) Resume.

Kegagalan untuk memuatnaik sijil-sijil akademik/sijil berkaitan seperti pada para A.1) hingga A.5) di atas dianggap tidak melengkapkan permohonan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


B. Makluman Lain

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di talian 082-58 1139/1100/ 2337 atau emel ke hcms@unimas.my


* Sila baca maklumat lengkap sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.



Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baharu yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.

Kini, UNIMAS mempunyai 8 fakulti, 3 institut dan 7 pusat. UNIMAS telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang menepati standard ISO/IEC 27001:2005 dan MS ISO/IEC 27001:2007. Skop pensijilan meliputi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Pengurusan Pusat Data UNIMAS yang merangkumi perkakasan, perisian sistem, pangkalan data dan sistem operasi untuk aplikasi kritikal universiti.