Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) - 24 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)


Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED WA41

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29

3. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19

7. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

9. PEMBANTU AWAM GRED H11


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian alamat https://ekerjaya.mdht.gov.my

(b) Setiap pemohon MESTILAH memuatnaik gambar berukuran passport; dan

(c) Salinan sijil-sijil berkaitan melalui Google Drive. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan menyebabkan PERMOHONAN TIDAK AKAN DIPROSES.

(d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

(e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terkini. (Dokumen-dokumen berkenaan perlu dibawa semasa ditemuduga sekiranya terpilih)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Januari 2024 (Rabu) Jam 12.00 Tengahari.





Jawatan Kosong di Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

Latar Belakang

Majlis Daerah Hulu Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Pindaan 1978). Sebelum ini ia dikenali sebagai Jumaah Bandaran Ulu Terengganu.Perasmian pelancaran Majlis Daerah Ulu Terengganu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B.Dato' Seri Amar Diraja Dato' Haji Wan Mokhtar bin Ahmad di Dewan Bandaran Kuala Brang pada Isnin, 30 Ogos 1982.

Terletak kira-kira 40 Km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Meliputi kawasan seluas 53.40 kilometer persegi dan merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Kuala Berang, Mukim Tanggol dan Mukim Penghulu Diman. Pada 18 Julai, 1996 satu pengwartaan semula dibuat yang mana seluruh daerah Hulu Terengganu ialah seluas 3,874.63 kilometer persegi menjadi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis Daerah Huru Terengganu ).