Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) - 22 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK)

Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

a) Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred H11
b) Kementerian/Jabatan : Majlis Daerah Kuala Krai
c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
d) Taraf Jawatan : Sambilan Bergaji Hari

• Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 52.95 sehari dan elaun-elaun kerana menjalankan tugas rasmi mengikut kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa, termasuk elaun lebih masa jika berbangkit.


Syarat Lantikan:

i. warganegara Malaysia;

ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

b. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

c. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.


Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK)


2. PEMBANTU AWAM H11

a) Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
b) Kementerian/Jabatan : Majlis Daerah Kuala Krai
c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
d) Taraf Jawatan : Sambilan Bergaji Hari

• Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 52.95 sehari dan elaun-elaun kerana menjalankan tugas rasmi mengikut kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa, termasuk elaun lebih masa jika berbangkit.


Syarat Lantikan:

i. warganegara Malaysia;

ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

a. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

b. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.


*Sila rujuk melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2024 (Isnin)





Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Krai telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 berikutan penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di seluruh Negara dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Penyusunan semula tersebut dibuat bertujuan bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih cekap, berkemampuan serta memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menentukan hala tuju pembangunan, perancangan dan pelaksanaan pembangunan bandar umumnya.