Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Machang (MDM) - 21 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Machang (MDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Machang (MDM)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19

2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

3. PEMBANTU AWAM (BURUH AM) GRED H11

4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11


Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 setiap satu. Borang permohonan boleh didapati di kaunter hasil Pejabat MDM bermula 07 Januari 2024 hingga 21 Januari 2024 jam 8.00 pagi – 5.00 petang.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A. Borang permohonan hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah atas kiri.

3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH MACHANG,
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG, KELANTAN.

4. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dilayan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Januari 2024 (Ahad)




Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Machang (MDM)

Latar Belakang

Majlis Daerah Machang adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 dibawah akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171). Sebelum itu ia menggabungkan tiga Majlis Tempatan iaitu Lembaga Bandaran Machang, Majlis Tempatan Temangan dan Majlis Tempatan Pulai Chondong. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Machang sekarang merangkumi kawasan seluas lebih kurang 130 km persegi daripada 545 km persegi keluasan Jajahan/Daerah Machang.Majlis Daerah Machang berfungsi sebagai satu pentadbiran yang merupakan kuasa ketiga selepas Kerajaan Pusat dan Negeri. Ianya bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan seperti ekonomi, politik dan sosial tempatan.