Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Klang (MPK) - 31 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Klang (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)


Jawatan:

1. ARKITEK LANDSKAP J41

2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

4.PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29

5. PENOLONG JURUTERA JA29

6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29

9. PEMBANTU TADBIR (P/O)  N19

10. PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) N19

11. PEMBANTU KESELAMATAN KP19

12. AHLI MUZIK B19

13. PEMBANTU AWAM H11


Syarat-syarat Permohonan:

i. Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) secara online dengan melayari laman web www.mpklang.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah

ii. Permohonan melalui online Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) hendaklah disertakan dengan muat naik gambar berukuran passport dan salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan dan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung sebelum muat naik dalam sistem mengikut format PDF (tidak melebihi 1.2 MB).

iii. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang telah diakui sah.

iv. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.

v. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

vi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Permohonan:

Sila semak syarat kelayakan dan permohonan yang lebih lengkap dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Klang di www.mpklang.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan boleh menghubungi:

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TELEFON: 03-3375 5555
TALIAN SAMBUNGAN: 1504/1512/1524


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh permohonan pada : 31 Januari 2024 (Rabu)




Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.