Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) - 31 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

Jadual Gaji : Gred KP29
Minimum : -RM1,493.00
Maksimum : RM5,696.00
Kenaikan Tahunan : RM145.00


2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

Jadual Gaji : Gred N19
Minimum : RM 1,352.00
Maksimum : RM 4,003.00
Kenaikan Tahunan : RM 100.00


3. PEMBANTU PENILAIAN W19 - 4 Kekosongan

Jadual Gaji : Gred W19
Minimum : RM 1,353.00
Maksimum : RM 4,005.00
Kenaikan Tahunan : RM 100.00


Cara Permohonan:

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang MPTI/PSM/2024 yang boleh dimuat
turun (download) melalui portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan : www.mpti.gov.my

2. Keterangan lanjut mengenai syarat lantikan jawatan kosong yang diiklankan boleh didapati di
portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan : www.mpti.gov.my


Pemakaian Di Bawah Syarat- Syarat Skim Perkhidmatan Dan Kemudahan-kemudahan

1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya samada dibatalkan, diganti atau dibuat penambahbaikan dari semasa ke
semasa.

2. Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup
(COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.


Perhatian Kepada Pemohon:

i. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.

iii. Permohonan yang lewat atau tidak menurut peraturan di atas akan ditolak.

iv. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2024 (Rabu)





Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Latar Belakang

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.