Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) - 31 Januari 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2024 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)


Jawatan:

1. EKSEKUTIF KOMUNIKASI KORPORAT GRED S41 (CONTRACT FOR SERVICE)

Penempatan : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Contract for Service
Jadual Gaji : Gaji Permulaan Gred S41: RM 2,078.00
Bilangan Kekosongan : Satu (1)


Syarat lantikan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

iii. Ijazah sarjana muda/ ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Keutamaan/ Kelebihan:

i. Mempunyai penguasaan bahasa ketiga dalam menulis dan bertutur.

ii. Mempunyai pengalaman kerja dalam perhubungan awam.


Cara Memohon:

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

Salinan Sijil Kelahiran;
Salinan Kad Pengenalan;
Salinan Ijazah Sarjana Muda;
Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
Borang permohonan perjawatan (KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN)
(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan;
Salinan Sijil/ Dokumen tidak disahkan seperti yang dinyatakan dalam para (b); dan
Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan.

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(e) Permohonan secara atas talian adalah tidak dibenarkan. Permohonan secara bercetak perlu dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

(f) Tarikh Iklan : 15 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2024 (sebelum jam 12.00 tengah hari)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2021 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Latar Belakang IYRES

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 bersempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Penubuhan IYRES ini sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional Teras Ke-10 iaitu Teras Penyelidikan dan Pembangunan. Nama IPPBM dijenamakan kepada Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) pada 6 Februari 2014 oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia. Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.

Post a Comment