Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 22 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara


Jawatan:

1. KETUA JURULATIH REMAJA NEGERI (KJRN) SELANGOR
Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP)

Syarat Lantikan:

i. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Memiliki minima Sijil Kejurulatihan Hoki Tahap 1;

iii. Memiliki minima Sijil Sains Sukan Tahap 1;

iv. Memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang Kejurulatihan Hoki di peringkat negeri.


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Salinan sijil-sijil akademik Ijazah/Diploma/SPM/SPVM atau setaraf;

ii. Salinan sijil kejurulatihan

iii. Salinan sijil sains sukan

iv. Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;

v. Salinan Sijil Berhenti Sekolah; dan

vi. Salinan Kad Pengenalan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Januari 2024 (Isnin) melalui emel coaching@nsc.gov.my.

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan / maklumbalas selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah di anggap tidak berjaya

Sila layari laman web Rasmi MSN https://www.nsc.gov.my/


Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 22 Januari 2024 (Isnin)





Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.