Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Kedah Darul Aman - 25 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Stadium Kedah Darul Aman | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Stadium Kedah Darul Aman

Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11

Klasifikasi Perkhidmatan : Pembantu Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan PMR
Skim Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : H11
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 4

Jadual Gaji H11 :
Min : RM 1,218.00 Max : RM 2,939.00
(Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00)

Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Bantuan Sara Hidup RM 300.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(C) KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED H11 

: (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan : Gred H11: RM 1,218.00

DAN


Syarat Lantikan Tambahan:

Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Ringkasan Tugas:

Umum

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar
bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

Khusus

Bertanggungjawab melaksanakan tugas pembersihan kawasan venue, penyelenggaraan padang, pengoperasian jentera-jentera berkaitan dan terlibat dengan arahan penguatkuasaan. Calon juga perlu melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat

Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) serta melaksanakan tugastugas lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Untuk Mengisi Jawatan di Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.

Harga borang permohonan RM6.00

Perbadanan Stadium Negeri Kedah
Aras 3, Astaka Utama Stadium Darul Aman,
05100 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7337313 / 04-7337314
Faks : 04-7334316


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Januari 2024 (Khamis)



Jawatan Kosong 2024 di Perbadanan Stadium Kedah Darul Ama


Tentang

Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman telah beroperasi mulai 1 November 2016 dan Enakmen yang digunakan ialah Enakmen Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Tahun 1971.

Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri yang bersidang pada 30 ogos 2006 telah bersetuju melantik ahli-ahli Perbadanan dan venue-venue yang diletakkan dibawah pengurusan Perbadanan seperti berikut:

Stadium Darul Aman (Alor Setar)
Stadium Sultan Abdul Halim (Suka Menanti)
Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning)
Pusat Akuatik Negeri Kedah (Gunung Keriang)
Pusat Latihan Menembak Kedah (Pokok Sena)
Pusat Perahu Layar kedah (Langkawi)
Gelanggang Boling Padang Kedah (Wisma Darul Aman)
Dewan Bandminton Kedah (Alor Setar)