Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka - 15 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka


Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7
RM 7,676.00 - RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
RM 6,162.00 - RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
RM 5,855.00 - RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45
RM 3,070.00 - RM 11,095.00


Jawatan Pentadbiran:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
RM1,352.00 - RM4,003.00

2. PEMANDU H11
RM 1,218.00 - RM 2,939.00


Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan
melayari laman sesawang UiTM Cawangan Melaka  @ muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah


Sila kemukakan BORANG PERMOHONAN ASAL (melalui pos) kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN
MELAKA
KM 26 JALAN LENDU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
NO.TEL : 06-5582438 /06-5582321 / 06-5582014


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2024 (Isnin)






Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka

Sejarah UiTM Melaka

UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).

Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.