Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Komunikasi - 26 Mei 2024

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Kementerian Komunikasi | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Komunikasi

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: PMR / PT3

1. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 104 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)

(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Komunikasi seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2024 (Ahad) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Komunikasi dan Digital

Sejarah 

Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia , Nama singkatan, KKD. ialah penjenamaan semula daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkuatkuasa pada 3 Disember 2022, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.