Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah - 30 Mei 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah


Jawatan Pentadbiran:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
Gaji Minimum RM 1,493.00 - Gaji Maksimum RM 5,672.00

2. PEMBANTUI TADBIR (KEWANGAN) W19
Gaji Minimum RM 1,353.00 - Gaji Maksimum RM 4,005.00

3. PEMBANTUI TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) N19
Gaji Minimum RM 1,352.00 - Gaji Maksimum RM 4,003.00


Jawatan Akademik:

1. PROFESOR VK7
Gaji Minimum RM 7,676.00 - Gaji Maksimum RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53
Gaji Minimum RM 6,162.00 - Gaji Maksimum RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51
Gaji Minimum RM 5,855.00 - Gaji Maksimum RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45
Gaji Minimum RM 3,070.00 - Gaji Maksimum RM 11,095.00


Cara – Cara Membuat Permohonan:

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di htttp://sabah.uitm.edu.my

ii) Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen yang telah DISAHKAN
mengikut susunan berikut;

a) Kad Pengenalan

b) Sijil Kelahiran.

c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.

d) Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)

e) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik yang boleh diperolehi di laman sesawang Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) http://www2.mqa.gov/esisraf/kelayakan.cfm

f) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

g) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun/ serpara kerajaan yang sedang berkhidmat)

h) Resume / Curriculum Vitae

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan

iv) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke
atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah
Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki
kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

v) Bidang yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Sila serahkan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

vi) Borang pemohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vii) Pemohon – pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak Berjaya.

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel : (088) 513879


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mei 2024 (Khamis)



Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah

Sejarah

Kampus UiTM Kota Kinabalu merupakan kampus cawangan pertama Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam negeri Sabah, Malaysia.

Kampus ini telah dibuka pada bulan Mac 1973 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah pada bulan Ogos. Kampus ini telah berpindah ke Kuala Menggatal, Kota Kinabalu pada bulan Julai 1991 daripada lokasi asalnya di Sembulan.