Jawatan Kosong 2024 di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: STPM/STAM/SIJIL MATRIKULASI KPM/DIPLOMA
1. PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 - 113 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Julai 2024 (Selasa) jam 11:59 malam
Latar Belakang
Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatanya iaitu AADK (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan atau ADK) telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).