Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 28 Jun 202

Jawatan Kosong 2024 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Jawatan:

1. GURU AKADEMIK DG41/42/DG44(KUJ)

Tempat Bertugas : Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur

Subjek : Matematik, Sekolah Rendah


2. GURU BIMBINGAN DG41/42/DG44(KUJ)

Tempat Bertugas : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Putrajaya

Subjek : Kaunseling



Syarat-Syarat Umum:

3.1 Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berada pada gred DG41/42 secara hakiki atau gred DG44 Khas Untuk Penyandang (KUP) pada tarikh iklan dikeluarkan;

3.2 Memperolehi markah prestasi 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini (2021, 2022, 2023);

3.3 Bebas daripada tindakan tatatertib – rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009;

3.4 Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima tahun); dan

3.5 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.


Syarat-Syarat Khusus:

3.6 Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda;

3.7 Mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang Pendidikan;

3.8 Mempunyai pengkhususan dalam subjek yang berkaitan; dan

3.9 Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.



Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan;

4. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan dalam sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java dan lain-lain yang berkaitan;

5. Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan Framework Laravel;

6. MEmpunyai kemahiran dan pengalaman mengendalikan pengkalan data;

7. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2024 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤنديديقن) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.