Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Jawatan:
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41 - 2 Kekosongan
2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29 - 2 Kekosongan
3. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19 - 4 Kekosongan
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 1 Kekosongan
5. PEMANDU KENDERAAN H11 - 2 Kekosongan
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Jun 2024 (Jumaat)
Latar Belakang
Tahun 1888, Industri Nanas mula dibawa masuk ke Malaysia oleh orang Eropah di Singapura. Tahun 1921 tanaman nanas telah berkembang dengan pesat di selatan Johor seiring dengan perkembangan industri getah. Nanas ditanam di ladang-ladang getah secara selingan. Keluasan tanaman nanas sehingga 1921 adalah 16,000 ekar di Johor, 2000 ekar di Singapura dan 4,000 ekar di Selangor.
Pada tahun 1931, kawasan tanaman nanas telah meningkat kepada 52,000 ekar dan bertambah kepada 70,000 ekar dalam tahun 1936. Nanas pada ketika itu ditanam sebagai tanaman kontan dengan kepadatan tanaman 3,000 hingga 3,400 pokok per ekar dan diusahakan secara kelompok, namun demikian di Johor ianya diusahakan secara perladangan kontrak melalui sistem pawah. Kemelesetan industri getah pada tahun 1931 telah menjejaskan perkembangan tanaman nanas. Sejurus itu corak tanam nanas telah bertukar kepada tanaman tunggal, memandangkan pada ketika itu industri nanas memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia.