Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) - 17 Jun 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 Kekosongan
Gaji Min-Maks : RM2,080.00-RM9,546.00

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29 - 2 Kekosongan
Gaji Min-Maks : RM1,549.00-RM 5,701.00

3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29 - 1 Kekosongan
Gaji Min-Maks : RM1,549.00-RM 5,701.00

4. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 12 Kekosongan
Gaji Min-Maks : RM1,218.00-RM2,939.00

5. PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) GRED H11 - 2 Kekosongan
Gaji Min-Maks : RM1,218.00-RM2,939.00


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Jun 2024 (Isnin)


Klik Maklumat Lengkap Iklan


Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)-banyakjawatan

Latar Belakang

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.