Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Dabong - 16 Jun 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Dabong | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Dabong


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


Cara memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDD yang boleh didapati di PEJABAT MAJLIS DAERAH DABONG secara tunai berharga RM3.00 setiap satu.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A dan sekeping dambar berukuran passport.

3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Dabong
18200 Dabong,
Kelantan Darul Naim.

4. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak.

5. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

6. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri

7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Jun 2024 (Ahad)




Jawatan Kosong di Majlis Daerah Dabong

Latar Belakang

Majlis Daerah Dabong telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 hasil daripada penyusunan semula tiga Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Dabong, Majlis Tempatan Manek Urai dan Majlis Tempatan Kuala Balah di bawah Akta 1976 (Akta 171) dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 1978 kilometer persegi (764) batu persegi yang meliputi seluruh Daerah Dabong, Daerah Kuala Balah dan Daerah Olak Jeram.

Penubuhan Majlis Daerah Dabong adalah menepati dasar kerajaan yang bekehendakkan supaya setiap penguasa tempatan di negara ini di susun semula menjadi lebih berfungsi serta berkesan dari segi pentadbiran dan pelaksanaan projek-projek kepada penduduk sekitarnya.Jumlah penduduk pada ketika itu mengikut bancian 1980 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ialah seramai 29,473 orang. Pentadbiran Majlis dan Pengurusan Majlis Daerah Dabong.