Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) - 24 Jun 2024 [6 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2024 di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN/IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN/IJAZAH SARJANA/IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PHD)

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS GEOMATIK) - 3 Kekosongan



2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 (SAINS GUNAAN) - 3 Kekosongan




Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Jun 2024 (Isnin) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)-banyakjawatan

Latar Belakang

Keperluan untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bermula daripada hasil kajian Delft Hydraulics pada tahun 1990. Di dalam laporan kajian tersebut diperakukan penubuhan pusat penyelidikan dengan keupayaan untuk menjalankan kajian simulasi fizikal dan analisa hidrodinamik, proses morfologi dan ekologi serta interaksinya dengan aktiviti manusia. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 1993 telah meluluskan Penubuhan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan objektif penubuhan seperti berikut:

i. Untuk membangunkan kumpulan pakar dan memberi khidmat penyelidikan yang perlu dalam perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pelaksanaan kerja kejuruteraan yang berkaitan dengan pembangunan sumber air secara khusus dan alam sekitar secara amnya; dan

ii. Mewujudkan Pusat Tumpuan Penyelidikan Kebangsaan dalam bidang hidro- persekitaran.