Jawatan Kosong 2024 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Rakyat Pulau Pinang yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) seperti di dalam iklan.
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N41 - 1 Kekosongan
2. JURUTERA J41 - 1 Kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 1 Kekosongan
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 3 Kekosongan
5. PEMBANTU OPERASI N11 - 1 Kekosongan
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Jun 2024 (Selasa).
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 JUN 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.
Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.