Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan Button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) - 15 Jun 2024

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ)


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI (N11)

(a) Gelaran Jawatan : Pembantu Operasi Gred N11
(b) Gred : N11
(c) Kementerian/Jabatan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
(d) Kump. Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
(e) Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
(f) Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,216.00
Gaji Maksimum : RM 2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00 

Elaun -Elaun:
Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam : RM95.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00 


(i) Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11:RM1,216.00); atau

d) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)).
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,262.15).


ii) Syarat Kelayakan:

a) Kelayakan PT3/PMR/SRP

Lulus dalam empat (4) mata Pelajaran termasuk Matematik (Gred E bagi
Pentaksiran Tingkatan Tiga / Gred D bagi Penilaian Menengah Rendah)


iii) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Permohonan Dan Syarat-syarat:

1. Permohonan jawatan adalah secara “online”. Pemohon boleh membuat permohonan di laman sesawang https://jawatan.johor.gov.my/index.html

2. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen sokongan semasa memohon jawatan. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. 


Permohonan di atas adalah melalui online di SPAJ. Admin ada sediakan link untuk memohon di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2024 (Sabtu)



Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor SPAJ-banyakjawatan

Pengenalan

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah berundur ke selatan Tanah Melayu dan membuka kerajaan Johor. Pada ketika itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Asal usul perkataan Johor diambil daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini untuk menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Post a Comment