Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang - 20 Jun 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SUKAN S29

Jadual Gaji:
Minimum : RM 1,493.00
Maksimum : RM 5,672.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95) dan

(d) Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan.




Tarikh Tutup Permohonan : 20 Jun 2024 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Latar Belakang

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.