Jawatan Kosong 2024 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Jawatan:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 - 2 Kekosongan
Jadual Gaji : Gaji Gaji Kadar Kenaikan
Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Elaun-elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Imbuhan Bantuan Sara Hidup RM 250.00
*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 09 Ogos 2024, 11.00 Malam
Fungsi
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/Agensi Negeri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan efisiensi mereka;
- Membuat kajian, penilaian dan memberi maklumbalas atas cadangan projek pengkomputeran baru yang dikemukakan;
- Melaksanakan pembangunan sistem aplikasi komputer dan penyelenggaraan sistem di jabatan/agensi Kerajaan dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik;
- Membuat pemantauan dan penyelarasan bagi projek-projek ICT yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya adalah seperti berikut:
- Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ);
- Sistem Pengurusan Perumahan Perumahan (SPPJ);
- Sistem Pengurusan Perumahan Lot Bumiputera (Putera);