Jawatan Kosong 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)
Jawatan:
1. PENSYARAH UNIVERSITI DS51
2. PENSYARAH UNIVERSITI DS45
Cara Memohon:
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang https:/perjawatan.uum.edu.my
Pemohon perlu mendaftar (bagi pengguna baharu sahaja) sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.
Tarikh tutup permohonan : 10 Ogos 2024 (Khamis)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah
Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984 (P.U. (A) 47/1984). UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. UUM mengandungi dua kampus; kampus utama yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004, dan kampus kedua (kampus bukan kediaman) yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.