Jawatan Kosong 2024 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR (PENGKHUSUSAN PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA) N41
2. PEGAWAI PSIKOLOGI
3. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
4. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
5. PEMBANTU OPERASI (PEMANDU) N11
*Sila baca iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah
Tarikh tutup permohonan ialah pada : 14 Ogos 2024 (Rabu) sebelum jam 3.00 petang
Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.