Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) - 7 November 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM 1,498.00
Gaji Maksimum: RM 5,678.00
KGT: RM 145.00



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 07 November 2024 (Khamis)





Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Latar Belakang

MDPP atau nama penuhnya Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusuan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976. Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

Pihak berkuasa Negeri Kelantan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke- 24/1998 yang bersidang pada 16 Disember 1998 telah membuat keputusan untuk memperluaskan kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh bagi meliputi keseluruhan Jajahan (Daerah) Pasir Puteh. Pengubahan sempadan oleh sesebuah Penguasa Tempatan adalah dibenarkan sebagaimana perutukan seksyen 4 (3), Akta Kerajaan Tempatan , 1976 (Akta 171),iaitu :

" Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan."