Jawatan Kosong 2024 di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM H1
2. PEMBANTU KESELAMATAN KP1
3. PEGAWAI TADBIR - N9
4. JURUPULIH PERUBATAN - U5
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 13 November 2024 (Rabu)
Ditubuhkan pada 2019, HSAAS yang sebelum ini dikenali sebagai Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafudin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 28 Februari 2023 dan kini dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). HSAAS berkeluasan 38.4 hektar dengan kapasiti 400 katil, 17 wad dan mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti 2000 tempat letak kereta, beberapa bilik menunggu, ruangan keagamaan, kawasan riadah pesakit, bilik rawatan tahanan, sembilan kedai runcit, kafeteria dan taman permainan untuk kemudahan pesakit.