Jawatan Kosong 2025 di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
Jawatan:
1. ARKITEK J9
2. JURUUKUR BANGUNAN J9
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Januari 2025 (Selasa)
1. ARKITEK LANDSKAP J9
2. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C9
3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U9
4. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J9
5. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C5
6. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA5
7. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5
8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
9. AHLI MUZIK B5
10. ARTIS BUDAYA B5
11.PEMBANTU PENGUAT KUASA KP1
PEMBANTU KHIDMAT AM (OPERASI) H1
13. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU) H1
14. JURUTEKNIK KOMPUTER FT1
15. PEMBANTU PENILAIAN W1
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2025 (Selasa)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Bermula dengan penubuhan Majlis Daerah Petaling (MDP) pada 1 Januari 1977 dengan dua Pelan Warta (PW) iaitu PW 463 dan PW 511 meliputi sebahagian kecil Daerah Petaling. MDP telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 26 bertarikh 2 Januari 1997. Kawasan pentadbiran MPSJ adalah seluas 16180.00 hektar sebahagian daripada keluasan Daerah Petaling yang meliputi Mukim Petaling dan Mukim Damansara. Keluasan pentadbiran MPSJ adalah merujuk kepada Pelan Warta 1192 .
Kemudiannya MPSJ telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya yang dikenali dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bil. Jil. 73 No. 21 bertarikh 8 Oktober 2020 dengan keluasan pentadbiran yang sama seperti Pelan Warta 1192.