Jawatan Kosong 2025 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM (PEMANDU KENDERAAN) H11
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM 1,500.00) ; atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,500.00) ; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,561.00) ; atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM 1,622.00);
dan (v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b))
Syarat Lantikan Bagi Keperluan Khas (Pemanduan/ Pengendalian Kren/Pengendalian Dandang/Tugasan Menyelamat)
(i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
Syarat Kelayakan:
Kelayakan SPM
Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Kelayakan SVM
Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2025 (Sabtu)
MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.
Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.
Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.