Jawatan Kosong 2025 di Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
Jawatan:
1. PENGARAH BAHAGIAN PENYIASATAN & PENGUATKUASAAN
BAHAGIAN PENYIASATAN & PENGUATKUASAAN
2. PENGARAH BAHAGIAN RAYUAN DAN NASIHAT UNDANG-UNDANG
BAHAGIAN RAYUAN DAN NASIHAT UNDANG-UNDANG
3. PENGARAH BAHAGIAN POLISI & KOMUNIKASI
BAHAGIAN POLISI DAN KOMUNIKASI
4. PEGAWAI KHAS, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PEJABAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PEJABAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
5. KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENYIASATAN & PENGUATKUASAAN
BAHAGIAN PENYIASATAN & PENGUATKUASAAN
6. KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT PINDAAN AKTA & INTERIM PENGGABUNGAN
UNIT PINDAAN AKTA & INTERIM PENGGABUNGAN
7. KETUA UNIT INTEGIRTI DAN TATAKELOLA
UNIT INTEGRITI & TATAKELOLA
8. KETUA UNIT AUDIT DALAM
BAHAGIAN INTEGRITI DAN AUDIT DALAM
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah
Tarikh tutup : 15 Jun 2025 (Ahad)
Penubuhan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada 1 April 2011 dan ditugaskan untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 (AP 2010). Fungsi utamanya adalah untuk melindungi proses persaingan dalam pasaran komersial demi kebaikan perniagaan dan pengguna serta ekonomi secara keseluruhan.
MyCC diberi kuasa oleh Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk memastikan pematuhan kepada AP 2010, menyiasat aduan mengenai tingkah laku antipersaingan, menjalankan kajian pasaran dan mengenakan penalty ke atas syarikat-syarikat yang didapati melanggar undang-undang persaingan. Ia juga mempunyai kuasa untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang disediakan; memberi pinjaman dan wang pendahuluan kepada warga kerjanya; bekerjasama dengan mana-mana badan korporat atau agensi kerajaan dan meminta maklumat daripada perusahaan untuk membantu dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya; atau melaksanakan apa-apa tugas yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.