Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Boya Dan Api Sarawak - 15 Julai 2025

Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Boya Dan Api Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Boya Dan Api Sarawak


Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service) dan tiada jaminan untuk dilantik ke jawatan tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,650.00); atau

ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,650.00); atau

iii. Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,893.00) atau

iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,136.00)

v. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(e) Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan Contract for Service.

(f) Tempoh Kontrak/Perlanjutan : Tempoh minimum perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak melebihi dua (2) tahun.

(g) Umur pada Tarikh Iklan ditutup : Tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.


Cara memohon:

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web http://www.marine.gov.my. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, termasuk salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan dan telah diakui sah oleh Pegawai Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada PENGARAH LAUT MALAYSIA SARAWAK, JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SARAWAK, LOT 683, SEKSYEN 66, JALAN UTAMA, TANAH PUTEH, 93619 KUCHING, SARAWAK (U.P: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN) menggunakan sampul surat berukuran 23cm x 32cm atau menghantar permohonan melalui emel nuraini@marine.gov.my. PADA ATau SEBELUM 15 JULAI 2025 JAM 12:00 TENGAHARI.

Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan. Hanya permohonan-pemohon yang benar-benar berkelayakan dan setelah dilapis akan dihubungi. Sekiranya permohonan-pemohon tidak dihubungi dalam tempoh masa satu (1) bulan dari tarikh iklan ini ditutup, maka permohonan itu dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2025 Jam 12:00 Tengahari.


Jawatan Kosong di Lembaga Boya Dan Api Sarawak-banyakjawatan

About us

The Ministry of Transport, Sarawak was established on 22nd August 2019 and is one of the twelve (12) State Ministries. Prior to this, transportation was just part of the scope of works of Ministry of Infrastructure and Port Development (MIPD) formerly known as Ministry Infrastructure Development and Transportation, Sarawak (MIDT).

The establishment of MOTS was gazetted in the Sarawak Government Gazette Vol. LXXIV dated 19th September 2019, No. 72 and on 1st November 2019, No. 83.

The core functions of MOTS are policy formulation, planning and development of transportation on State's river and specified water bodies, urban transport and urban traffic management.