1. Tak Buat Research Syarikat
Ramai main apply je tanpa baca pasal syarikat. Akhirnya masa interview, blur bila interviewer tanya, “Apa yang awak tahu tentang syarikat kami?”Tips: Sebelum apply, google dulu syarikat tu. Ambil tahu bidang, produk, budaya kerja, dan berita terkini.
2. Resume ‘One Size Fits All’
Guna satu resume untuk semua kerja — memang mudah, tapi peluang nipis.Tips: Ubah resume ikut jawatan yang nak dipohon. Highlight skill & pengalaman yang paling relevan.
3. Email & Phone Number Tak Profesional
Ramai lagi guna email pelik (contoh: abangmacho93@gmail.com), atau letak nombor yang dah tak aktif.Tips: Guna email formal, nama sendiri, dan pastikan nombor telefon sentiasa boleh dihubungi.
4. Cover Letter Copy Paste
Hantar cover letter sama untuk semua syarikat – HR boleh ‘bau’ ayat klise ni.Tips: Tulis cover letter ikut kerja yang dipohon. Masukkan sedikit info tentang syarikat tersebut.
5. Tak Ready Untuk Interview
Ramai ingat soalan interview mesti sama setiap kali. Padahal, banyak HR suka ‘surprise’.Tips: Praktis jawab soalan biasa (“Kenapa nak kerja sini?”, “Apa kelebihan awak?”) dan sediakan contoh pengalaman.
6. Tak Follow Up Lepas Interview
Dah habis interview, terus senyap. Kadang-kadang, HR terlupa — follow up boleh buat nama anda naik balik.Tips: Hantar email ringkas ucapan terima kasih & follow up status permohonan.
7. Letak Info ‘Overclaim’ Dalam Resume
Letak skill yang tak pernah buat pun, sebab nak nampak power. Tapi masa interview, kantoi sendiri.Tips: Jujur pada resume. Kalau nak tambah skill, boleh belajar online (ada banyak kursus free).
8. Malu Nak Networking
Rasa segan nak tanya senior, bekas pensyarah, atau join group kerjaya.Tips: Banyak peluang kerja datang dari kenalan. Rajin-rajinkan diri join event atau group Telegram/Facebook kerja. Ini yang kita duk sebut kabel-kabel tu. Tapi yang kita nak marah, jika calon tu memang tak boleh buat kerja atau tiada kelulusan yang sesuai untuk memasukki sesuatu jawatan tersebut, yes itu memang tidak patut.