Temu Duga Terbuka 2025 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Jawatan:
1. POLIS BANTUAN KTMB
Tarikh:
19 Julai 2025 (Sabtu)
Masa Pendaftaran:
8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat:
IBU PEJABAT KTM BERHAD
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Sila Bawa Bersama:
- Resume yang terkini.
- Kad Pengenalan & Sijil Akademik (Asal)
- 1 Salinan Kad Pengenalan & Sijil Akademik.
- 2 keping gambar berukuran pasport.
Syarat Kelayakan:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Lulus lima (5) mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk Bahasa Melayu & Sejarah.
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan tinggi tidak kurang daripada 165 cm bagi lelaki dan 157cm bagi perempuan (tanpa memakai kasut).
- Berat badan tidak kurang daripada 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi perempuan.
- Body Mass Index (BMI) : 19–29.
- Tidak rabun warna, cermin mata dan tidak buta warna.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu.
- Tidak pernah terlibat dalam rekod jenayah/dadah sama ada pernah disabitkan dengan kesalahan atau menunggu keputusan dari mahkamah.
- Pihak PDRM akan membuat saringan ujian air kencing.
- Memiliki lesen memandu yang sah sekurang-kurangnya kelas B2 dan mempunyai kenderaan sendiri.
- Sedia di tempatkan di mana-mana lokasi di seluruh rangkaian KTM Berhad.
Sejarah KTMB
Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.
KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.