Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N9
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
3. PENOLONG JURUKUR GRED JA5
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N1
5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1
6. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP1
7. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2025 (Khamis)
Latar Belakang
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.