Jawatan Kosong 2025 di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S9 - 63 Kekosongan
Maklumat:
Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 30 Julai 2025 (Rabu), jam 11.59 malam
Latar Belakang
Diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1957 dengan matlamat untuk membangunkan prasarana fizikal dan membekalkan secara meluas kemudahan asas kepada penduduk luar bandar.Ia memberi landasan yang kukuh kepada kawasan luar bandar untuk bergerak giat dan maju.
Dilancarkan pada 6 Mei 1960 untuk menjadikan atur cara pembangunan selari di semua kawasan-kawasan luar bandar dengan pelaksanaan melalui 3 peringkat iaitu peringkat Pusat, Negeri dan Daerah. Ia merupakan langkah untuk menanam sifat berkomuniti dan berkepentingan dalam pembangunan setempat apabila rakyat dan pemimpin digembeling bukan sahaja dalam proses pelaksanaan pembangunan tetapi dalam proses perancangan juga. Pada zaman pengunaan RED Book, Malaysia dilihat sebagai model negara yang mempunyai pendekatan pembangunan luar bandar yang mantap diperingkat global dan merupakan momentum pertama pembangunan luar bandar.
Yang ditubuhkan pada tahun 1961 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah langkah permulaan untuk pembangunan modal insan dengan membasmi buta huruf di kalangan masyarakat luar bandar. Bahagian ini pada tahun 1977 selanjutnya diberi nama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang pada dasarnya terlibat dalam pembangunan modal insan dan pembangunan masyarakat luar bandar.