Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) - 31 Julai 2025

Jawatan Kosong 2025 di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)


Jawatan:

1. PENSYARAH
AKADEMIK & PENYELIDIKAN / SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM & SAINS KEMANUSIAAN


Ringkasan Bidang Tugas:

1. Menyampaikan kuliah dan tutorial kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Sekolah.

2. Memberi bimbingan kepada pelajar/mentee melalui aktiviti pelajar, sesi runding cara, dan lain-lain.

3. Menyediakan soalan penilaian berterusan dan penilaian akhir serta menjalankan penandaan dan pemarkahan bagi kursus-kursus yang berkaitan mengikut ketetapan dan peraturan akademik.

4. Bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi semua program yang ditawarkan oleh kolej.

5. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran Jabatan Akademik mengikut keperluan dan arahan semasa.

6. Menganggotai jawatankuasa kerja di peringkat Sekolah, Jabatan dan Kolej bagi tujuan pembangunan akademik dan kolej, termasuk penyediaan dokumen MQA.

7. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan Sekolah, Jabatan dan Kolej.

8. Terlibat dalam aktiviti penyelidikan, penulisan, pembentangan dan penerbitan akademik.

9. Melaksanakan aktiviti promosi bagi program-program akademik.

10. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 
Syarat Kelayakan Minimum:

Pensyarah Program Haji dan Umrah

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pelancongan / Pentadbiran Perniagaan / Pengajian Islam / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Syariah / Fiqh dan Usul atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman industri dalam sektor pelancongan / hospitaliti / haji dan umrah.

3. Memiliki pensijilan profesional (Train the Trainer – HRDF/HRD Corp) adalah satu kelebihan.


Cara Memohon:

Bersedia untuk memohon? Teroka peluang pekerjaan semasa kami untuk mencari peluang yang sesuai untuk anda dan hantar resume anda ke peluangkerjaya_hr@kpbkl.edu.my

Bahagian Sumber Manusia
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
Lot 1363, Jalan Perkasa, Maluri,
55100 Kuala Lumpur


*Sila baca iklan kekosongan jawatan di atas, sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2025 (Khamis)




Jawatan Kosong di Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)-banyakjawatanmy

Pengenalan

Bermatlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP).