Jawatan Kosong 2025 di Lembaga Zakat Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah
Jawatan:
1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF GRED ZP201
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada Negeri Kedah Darul Aman; dan
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ STPM/ STAM/ Sijil daripada Politeknik atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kelayakan dalam bidang Pengajian Islam adalah satu kelebihan);
4. Calon bagi lantikan hendaklah mendapat Lulus atau Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan operasi kutipan dan agihan di Ibu Pejabat / Pejabat Zakat Daerah bagi mengoptimumkan kutipan zakat dan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat.
Bertanggungjawab membantu melaksanakan hal ehwal pentadbiran dan kewangan di Ibu Pejabat / Pejabat Zakat Daerah bagi memperkasakan urus tadbir Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2025 (Khamis)
*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Sejarah
1935
Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936.
Notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul Ghani B Hj Awang.
Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula daripada tahun 1901.
Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam (sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara berkaitan dengan pengurusan zakat.
Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat kepada rakyat Negeri Kedah.
Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah bertarikh 1355H bersamaan 1936M.