Jawatan Kosong 2025 di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)
Jawatan:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L9)
Kumpulan: Perundangan & Kehakiman
Taraf Jawatan: Contract of Service
Kekosongan: 1
2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S5)
Kumpulan: Sosial
Taraf Jawatan: Kontrak Interim / Tetap
Kekosongan: 1
Cara Memohon:
Melalui Sistem i-Kerja (boleh diakses melalui kod QR yang disediakan dalam iklan).
Maklumat Hubungan untuk Pertanyaan:
Telefon: 04-7026200
Emel: maik@kedah.gov.my
Media Sosial: Facebook (Majlis Agama Islam Negeri Kedah), Instagram (mainked), Twitter (Majlis Agama Islam Kedah)
4) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Julai 2025 (Isnin)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Latar Belakang
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) merupakan sebuah perbadanan (badan) agama khas telah wujud sejak Kerajaan Negeri Kedah menerima pakai Undang-undang Islam di dalam sistem pemerintahnya iaitu di antara tahun 1136 – 1179. Badan ini kekal turun – temurun sehingga sekarang. Walaubagaimanapun , struktur dan fungsinya telah dibuat penambahbaikan secara berterusan melalui proses perundangan bagi membolehkannya mentadbir urus hal ehwal agama Islam dengan berkesan dan selari dengan perkembangan semasa.
MAIK yang ada sekarang ditubuhkan pada tahun 2008 mengikut seksyen 5 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 2008) iaitu undang-undang utama semasa yang digunapakai dalam mentadbir urus hal ehwal agama Islam negeri Kedah. Enakmen 2008 memperuntukkan identiti MAIK sebagai perbadanan boleh diubahsuai mengikut keperluan atau seperti yang dititah oleh Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.