Jawatan Kosong 2025 di RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB)
Jawatan:
1. EKSEKUTIF GRED 4 (EG4) - 2 Kekosongan (Ibu Pejabat & Zon Utara)
2. KERANI GRED 3 (KG3)
Cara Permohonan:
Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat di RISDA atau kumpulan RISDA Holdings perlu dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Sila emailkan permohonan jawatan beserta resume, salinan sijil yang berkaitan dan gambar pasport anda ke admin@risdalivestock.com atau permohonan secara bertulis dengan menyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat permohonan dan dialamatkan ke:
Ketua Pegawai Operasi
RISDA Livestock Sdn. Bhd.
No. 39-2, Tingkat 2, RISDA ESTATES 2
Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Perhatian:
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat akan ditolak. Hanya calon-calon yang ditapis senarai sahaja yang akan dipanggil temuduga.
*Sila baca iklan lengkap lain sebelum memohon melalui link di bawah.
Mengenai Kami
RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.
RLSB yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.
RLSB mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.
Kini, RLSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.