Jawatan Kosong 2025 di Yayasan Islam Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Islam Negeri Kedah
Jawatan:
1. PEGAWAI KEWANGAN W9
Gaji:
Minimum: RM2,250.00
Maksimum: RM11,110.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
Gaji Permulaan: RM2,819.63 (bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Kewangan atau Ahli Penuh Badan Iktisas Perakaunan) / RM2,923.41 (bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Kewangan dan Ahli Penuh Badan Iktisas Perakaunan) / RM3,027.19 (bagi Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia).
Klasifikasi Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan: Kontrak Berwaran
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam perancangan, penyeliaan, dan pelaksanaan urusan kewangan serta perakaunan organisasi. Ini termasuk memastikan pengurusan kewangan yang cekap, berkesan, dan mematuhi undang-undang serta peraturan. Tugas lain melibatkan penyemakan ketepatan proses kewangan, penyediaan laporan terperinci, dan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan sistem kewangan. Calon perlu memiliki kemahiran analisis, penyelesaian masalah, komunikasi, serta pengetahuan dalam kewangan, pengauditan, dan undang-undang kewangan.
*Sila baca maklumat penuh kelayakan dan cara membuat permohonan melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2025 (Selasa) Jam 12.00 Tengah Hari.
Latar Belakang
Penubuhan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) bermula dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengadakan satu kumpulan wang (tabung) biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965. Oleh kerana pada masa itu telah ada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah maka perjalanan tabung biasiswa untuk pelajaran agama ditadbirkan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah sehinggalah pada 16hb. November 1975, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan penubuhan YINK. Enakmen penubuhan YINK iaitu Enakmen Bil. 10 Tahun 1976 dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman dalam persidangannya pada 23hb. Mei 1976. Enakmen ini diwartakan pada 27hb. Julai 1976.