Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak - 4 September 2025

Jawatan Kosong 2025 di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak


Jawatan:

1. JURUTEKNIK ELEKTRIK


Syarat Lantikan:

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

I. Terdiri daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak, beragama Islam dan berbangsa Melayu Sarawak.

II. Memiliki Sijil/Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, atau kelayakan teknikal berkaitan daripada institusi yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

III. Calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 atau lesen Wireman (PW2/PW4) akan diberi keutamaan.

IV. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam kerja penyelenggaraan bangunan, sistem elektrik, atau peralatan mekanikal. (Graduan baharu digalakkan memohon.)

V. Mampu membaca pelan lukisan teknikal dan menggunakan peralatan pengujian.

VI. Berkebolehan bekerja secara berpasukan, berdikari, dan sanggup bekerja di luar waktu pejabat mengikut keperluan.

VII. Sihat tubuh badan dan mempunyai lesen memandu B2/D adalah satu kelebihan.


VIII. Syarat tambahan:

I. Memiliki integriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, proaktif, amanah dan boleh bekerja dalam kumpulan dengan baik.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan kad pengenalan, sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang telah disahkan termasuk gambar berukuran passport yang terkini dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak
Jalan Rodway, 93000, Kuching Sarawak
No Tel: 082-239 460
No. Faks: 082-255 731
E-mel: admin@akybms.com

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 04 September 2025 (Khamis)


Jawatan Kosong di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak-banyakjawatanmy

Mengenai Kami

Semasa ditubuhkan pada tahun 1994 badan ini dinamakan Yayasan Budaya Melayu Sarawak(YBMS) dan pada tahun 2003 telah didaftarkan semula menjadi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

Ilham untuk menubuhkan sebuah organisasi baharu untuk masyarakat Melayu Sarawak telah tercetus semasa Seminar Budaya Melayu II pada tahun 1993 dalam rangka Simposium Budaya Sarawak II anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Para peserta seminar tersebut yang terdiri daripada pemimpin politik, kakitangan kerajaan, sarjana, guru dan ketua masyarakat dari semua Bahagian berpendapat perbalahan politik yang masih hangat ketika itu memerlukan wadah baharu untuk memupuk semula ukhuwah yang telah tergugat itu.