Jawatan Kosong 2025 di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Malaysian National News Agency (BERNAMA)
Jawatan:
1. WARTAWAN PENYIARAN
Syarat Lantikan:
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Penguasaan dalam penulisan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta kemahiran komunikasi yang baik;
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang kewartawanan;
- Mempunyai kemahiran Mojo (Mobile Journalism) dan mampu menghasilkan kandungan media sosial seperti TikTok, Twitter, Instagram, Facebook sering dengan era digital masa kini adalah satu kelebihan;
- Komited kepada tugas dan tanggungjawab.
Panduan Kepada Pemohon:
a) Pemohon perlu mengisi borang secara online di https://kerjaya.bernama.com
b) Tarikh tutup permohonan pada 19 Ogos 2025
c) Sila pastikan pemohon memuat naik salinan dokumen-dokumen berikut :
i. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
ii. Sijil Kelulusan Persekolahan: (SPM)/SPMV/STPM;
iii. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
iv. Kelayakan Akademik dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
v. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan ikhtisas;
vi. Surat pelepasan biasiswa selain daripada memegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
vii. Sijil pendaftaran calon kurang upaya/pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan).
d) Sekiranya tiada sebarang maklumbalas diterima daripada pihak BERNAMA selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, pemohon dianggap TIDAK BERJAYA
*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh tutup permohonan : 19 Ogos 2025 (Selasa)
Pengenalan
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada 26 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah jurisdiksi Kementerian Penerangan Malaysia. BERNAMA memberi perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa (real time) kepada pelanggan-pelanggannya di Malaysia dan Singapura.
Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini terutama yang berkaitan dengan kewangan dan berita am. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing ialah pelanggan-pelanggan BERNAMA.