Jawatan Kosong 2025 di Jabatan Perangkaan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA / SIJIL MATRIKULASI KPM / DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA / DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA / DIPLOMA
1. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN GRED E5 - 53 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2025 (Isnin), jam 11.59 malam
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN / ASSOCIATESHIP INSTITUTE OF STATISTICIANS / IJAZAH SARJANA
1. PERANGKAWAN GRED E9 - 34 Kekosongan
Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2025 (Isnin), jam 11.59 malam
Maklumat:
Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perangkaan Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Latar Belakang
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial. Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.