Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Kastam Diraja Malaysia - 21 Ogos 2025 [809 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2025 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kastam Diraja Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM / SPM & SKM

1. PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK1 - 809 Kekosongan




Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2025 (Khamis), jam 11.59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Kastam Diraja Malaysia


Sejarah 

Sistem pentadbiran cukai sebenar telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan penjajah Barat lagi iaitu di zaman Kerajaan Melayu Melaka dan semasa pemerintahan Kerajaan Johor Riau lagi.

Di zaman Kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan. Pada masa itu pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah di bawah tanggungjawab Penghulu Bendahari yang bertugas sebagai:

Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar. Merekalah yang merupakan golongan yang menguatkuasakan Peraturan-peraturan dan Undang-undang Pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh Raja.